Graduate

Daisypath Graduation tickers

~Perjalanan Hidupku~

Lilypie Kids Birthday tickers

Monday, October 12, 2015

Solat Subuh tak?

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


"Pagi tadi solat Subuh tak?"

Soalan yang wajib saya tanya kepada murid-murid Islam setiap kali waktu pdp berlangsung. Sejak masih bergelar guru pelatih, saya lazimkan soalan itu usai memberi salam dan membaca doa bersama murid-murid. 

Hari Khamis minggu lepas, saya mengajar subjek Bahasa Arab tahun 4. Seperti biasa, selesai bacaan doa, saya memulakan perbualan ringkas dalam Bahasa Arab dengan anak-anak didik saya.

"Sobahul khair"
"Sobahunnur"
"Kaifa haalukum jami'an?"
"Alhamdulillah, nahnu bikhair"

Kemudian, rutin biasa untuk Bahasa Arab, kira 1-9 serta 10, 20, 30 hingga seratus.

Alhamdulillah, anak-anak syurga itu mampu mengingat nombor-nombor yang telah dipelajari.

Saya hanya mempunyai 4 orang murid dalam kelas ini. 3 hero (D, H dan Z) dan seorang heroin (R). Yang lain, belajar Jaku Iban, Hehe.

Firman Allah Ta'ala:



Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

(Surah Al-'Asr, 103:1-3)


"R, solat Subuh tak pagi tadi?"
"Solat, ustazah"
"Bagus. D?"
"Solat, ustazah. Solat dengan abang saya, Q."
"Solat berjemaah? Bagus! Z? Solat Subuh tak?"
"Tak, ustazah"
"Tak boleh la macam tu. Kamu dah 10 tahun dah. Kena la solat. Baru boleh masuk syurga."
"Baik ustazah"
"Lain kali solat ya. Minggu depan ustazah tanya lagi."
"Ok ustazah"
"H, solat tak?"
"Solat ustazah." Senyum kambing dan blushing.
"Betul ke ni?" buat muka mengusik.
"Betul ustazah"
"Betul ke? Kenapa muka merah? Tak baik bohong."
"Hehehe. Tak la ustazah. Saya tipu je tadi. Saya tak solat."
"Hmm, lain kali jangan tipu. Tak bagus. Tak solat dah berdosa, tambah dosa bohong lagi. Makin banyak dosa. Lepas ni jangan bohong lagi,"
"Baik ustazah."

Kanak-kanak, lahir dalam keadaan fitrah. Orang sekeliling mereka yang akan menentukan siapakah mereka suatu hari nanti. Tanggungjawab membentuk mereka bukan terletak pada bahu guru-guru sahaja, tetapi pendidikan sebenar bermula dari rumah. Ibu bapa perlu berperanan sebagai qudwah. 

Action speaks louder than word. 

Menjaga anak kecil ni ibarat bermain layang-layang. Ada kalanya, perlu dibiarkan. Perhati sahaja dari jauh. Bila nampak 'kecenderungan' ke arah perkara negatif, maka cepat-cepatlah ambil tindakan. 

Akhir kalam, bentuklah anak-anak syurga ini berpandukan acuan Al-Quran dan As-Sunnah. Semoga mereka menjadi penerang kegelapan kita di alam baqa'. 


فاستبق الخيرات.

اختكم في الله

نجوى الحلسي

No comments :

Post a Comment