Graduate

Daisypath Graduation tickers

~Perjalanan Hidupku~

Lilypie Kids Birthday tickers

Friday, October 9, 2015

Hak Sang Murid.

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Blog dah bersawang dah. T_T

Baru-baru ni, saya ada hobi baru. Tiba-tiba saya jadi berminat untuk membaca blog-blog yang ditulis oleh doktor. Hal ini bermula pada minggu lepas apabila timbul rasa ingin tahu yang membuak-buak tentang housemanship. Saya mula meng'google' dan membaca blog beberapa orang doktor. Sebelum ini, saya memang telah mengikuti blog Dr Fatin Liyana (sekarang dah jarang update). Tetapi sejak kebelakangan ni, minat untuk tahu lebih lanjut tentang kerjaya seorang doktor. Saya sendiri kurang pasti sebabnya. Yang pasti, setelah membaca beberapa blog tersebut, terdetik pula di hati saya untuk update blog sendiri. 

Berbalik kepada tajuk entry di atas, sebagai seorang guru, kita mesti menunaikan hak murid kita. 


“Sesungguhnya, dari sekian banyak profesi -guru, menanggung beban yang teramat berat. Karena harkat dan keluhuran seorang guru seringkali dinilai dari watak dan perilaku murid-muridnya.” ― Titon Rahmawan


HAK SEORANG MURID.

Pertama sekali, kita perlu tahu bahawa murid mempunyai hak yang perlu dipenuhi oleh seorang guru. 

  1. Menyampaikan ilmu yang benar. Tidak dinafikan, tugas utama seorang guru ialah untuk menyampaikan ilmu. Tetapi, adakah ilmu yang disampaikan itu benar? Guru-guru terutamanya guru agama perlu bersikap telus terhadap murid. Jika kita tidak tahu, ambil masa untuk bertanya kepada yang lebih pakar, barulah diterangkan kepada murid. Yang paling penting, jangan ambil ringan ilmu yang disampaikan kerana jika ilmu itu salah, maka menanggung dosalah kita. :(
  2. Tepati masa. Jika kelas bermula pada pukul 8.00, bersedialah lebih awal.  Siapkan bahan pengajaran yang diperlukan, buku teks serta buku rekod pengajaran. Pastikan kita sampai ke kelas tepat pada waktunya. Keberkatan gaji terletak di situ. :)
  3. Semak buku/lembaran kerja murid. Ini merupakan kerja yang paling leceh pada pandangan saya. Apa salahnya kita gunakan waktu senggang kita untuk menyemak hasil kerja murid. Sambil bersembang, sambil menanda. Boleh kan? 
  4. Tidak membezakan murid. Setiap murid mempunyai latar belakang yang berbeza. Perbezaan latar belakang akan mempengaruhi sikap dan watak mereka. Sebagai seorang guru yang profesional, kita tidak boleh membeza-bezakan layanan kita terhadap mereka. Misalnya, guru hanya memberi perhatian terhadap murid yang cemerlang. Apa pula nasib mereka yang kurang cemerlang? Bagaimana pula sekiranya anak kita dilayan sedemikian oleh guru? Fikir-fikirkan.


Murid Darjah 1


MENDIDIK VS MENGAJAR

Pusat Rujukan Persuratan Melayu mendefinisikan mendidik sebagai menjaga (memelihara dsb) dan melatih (mengajar dll) baik-baik. Manakala mengajar didefinisikan sebagai memberi pengetahuan kepada seseorang. 

Tanpa perlu huraian panjang, hanya berdasarkan definisi pun kita boleh membezakan mendidik dan mengajar bukan? Oleh itu, siapa kita sebenarnya? Pendidik atau pengajar? Ayuh bermuhasabah.

Kesimpulannya, kerjaya seorang guru bukanlah mudah seperti yang disangka. Hanya seorang guru yang akan mengerti bagaimana perasaan seorang guru. Sebagai penutup, mari kita hayati kata-kata berikut. Semoga pengorbanan kita dipandang oleh Allah. :)

A good teacher is like a candle - it consumes itself to light the way for others.


والله أعلم بالصواب..



No comments :

Post a Comment