Graduate

Daisypath Graduation tickers

~Perjalanan Hidupku~

Lilypie Kids Birthday tickers

Thursday, May 28, 2015

Entah.

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh. *tiup-tiup sawang*


Hari ni, 28 Mei 2015. Genap 3 minggu pemergian arwah Syazwan. Jom sama-sama sedekahkan al-Fatihah untuk arwah.

Sumber


Sebenarnya, saya agak teruja sebab esok saya nak balik kampung. Yeay! Setelah dua bulan berpisah dengan keluarga rasa rindu mulalah memuncak. Hmm. Ni pengalaman la untuk saya kan sebab selama ni memang bergantung dengan keluarga semata-mata. Ada masalah sikit, balik rumah. Bengang dengan kawan, balik rumah. Sakit sikit, balik rumah. Sakit sampai tak boleh bawak kereta, walid ambil. Pendek kata hidup dekat dengan keluarga memang senang la.


Haa. Umur 23 ni la baru nak merasa tinggal jauh dari keluarga. Susah senang tanggung sendiri. Kalau sakit kena pergi klinik sendiri. Kalau lapar kena masak sendiri. Kadang-kadang beli di kedai. Kalau teringin nak makan apa-apa masakan umi, kena tunggu cuti panjang baru dapat makan. Kalau tekanan perasaan, cuma dapat luah dalam telefon je. Tak dapat mengadap muka umi dah. Jauh sangat.
Tapi nak buat macam mana kan. Pendek kata, macam umi walid selalu pesan, sabar la sikit. Sebenarnya masa saya tengah taip entry ni, air mata bergenang jugak. Ingat senang ke saya nak luah perasaan? Susah tau. Tak pa. Sabar kan indah.

Sumber


Saya pasti, di sebalik apa yang saya lalui ni, ada hikmah yang Allah nak tunjuk. Daaaannn, sudah pasti, di sebalik kesusahan yang kita lalui, ada orang yang lebih susah daripada kita. Belajarlah menerima dugaan dari Allah sebagai ujian kepada orang beriman. Allah ada berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 286:

Maksudnya:
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.


Satu lagi, ingatlah, di sebalik kesusahan itu ada kemudahan. Allah tegaskan dua kali dalam surah asy-Syarh ayat 5 dan 6.

:Maksudnya
Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.


Salam sayang,
Najwa al-Helsy.

والله تعالى أعلم

No comments :

Post a Comment