Graduate

Daisypath Graduation tickers

~Perjalanan Hidupku~

Lilypie Kids Birthday tickers

Monday, May 4, 2015

3 Bulan dah..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana masih dihidupkan hari ni. Tujuan hidup ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk beribadah kepada Allah seperti yang termaktub dalam surah az-zariyat ayat 56.


Maksudnya: dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepadaKu.

Okey. Sebenarnya nak cerita, dah genap tiga bulan saya di negeri orang. Yes, menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru. Sebenarnya, saya tak pernah terfikir pun akan ditugaskan ke negeri Sarawak. Walau bagaimanapun (chewahhh) persediaan mental dan fizikal selama 5 tahun 5 bulan di IPG menyebabkan saya bertahan dan mampu menghadapi cabaran.

Untuk pengetahuan anda-anda yang tak kenal saya, semenjak saya dilahirkan, saya tak pernah berpisah pun dengan keluarga saya. Masuk sekolah menengah (Sabah), walaupun tinggal di asrama tapi jarak asrama-rumah tak sampai sejam perjalanan pun. Masuk IPG(Sabah jugak) pun tinggal asrama tapi 35km je dari rumah. Tapi bila posting....fuhhhh...jauh..

Sumber


Family dah pindah ke Terengganu. Maka, perjalanan dari Kuala Terengganu- Sri Aman sangat mencabar. (Eheh poyo).

Kuala Terengganu-Seberang Takir (airport) -Kuala Lumpur (Transit sebab takda direct flight) -Kuching - Sri Aman (Sri Aman takda airport.). Perjalanan dari Kuching ke Sri Aman akan ambil masa lebih kurang 3 jam. Jalan ok. (Setakat ok je, tak lebih dari itu).
Walaupun perjalanan jauh, tapi saya tetap bersyukur. Sebab apa? Sebab ada kawan-kawan saya yang kena pergi lagi jauh. Yang perlu naik bot, naik 4x4.

Sumber


Pesan buat adik-adik yang bakal posting, jangan buat onar. (Haha). Kalau dapat tawaran posting tu pergi je. Jangan memilih sangat. Rezeki tu Allah dah atur. Mungkin jauh dari keluarga, tapi ketemu jodoh di situ. (Eheh). Yang pasti, apa yang Allah atur, itulah yang terbaik untuk kita.
Satu lagi pesanan, untuk adik-adik yang nak apply KPLSPM (masih guna istilah ni ke sekarang?) kalau betul-betul nak jadi cikgu, kena sabar, kena kental, kena bersedia untuk dicampak ke mana-mana. Tak boleh manja. Kalau tak boleh tahan ujian, hmm, fikirlah sendiri.

Sekarang ni tengah trobek masa mula-mula posting. Nanti ada masa, saya update. Ehek.

Akhir kalam, hayati firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 34:


Maksudnya: Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).

WaLlahu Ta’ala A’lam. :)

No comments :

Post a Comment