Graduate

Daisypath Graduation tickers

~Perjalanan Hidupku~

Lilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, January 14, 2015

Finally I'm GRADUATED!

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh semua pembaca. (Bajet ramai orang baca)

Alhamdulillah, setelah berbulan-bulan tak update belog ni (sambil sapu-sapu sawang), akhirnya TERupdate juga. Tergerak hati nak update belog ni sebab tengok Princess Pinky n Ummu Hurayrah ni update. Jelous pulak. Ehem.


Saja nak bagi tahu...CikWa dah habis study. (Ada korang kisah?) Untuk yang tak tahu, CikWa sebelum ini pelatih PISMP (Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan) Pendidikan Islam Pendidikan Rendah di IPG Kampus Kent Sabah bermula 13 Julai 2009 hingga 21 November 2014. InsyaAllah, CikWa dan rakan-rakan sekelas akan konvo pada bulan September ini. Doakan ya!

Okey, seterusnya, pada 7 November yang lepas, CikWa dan classmates kesayangan telah menjalani temuduga wajib sebagai bakal guru iaitu temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan. Dan alhamdulillah, CikWa telah LULUS temuduga tersebut. Maka, dengan izinNya, CikWa akan di’posting’kan tak lama lagi. Doakan juga ya!



31 Disember 2014 yang lepas juga merupakan tarikh yang dinanti-nantikan. Sebab apa? Sebabbbbbbbb.....result exam semester terakhir akan keluar. Ehem. Result ni adalah penentuan sama ada tamat pengajian atau kena repeat paper. Alhamdulillah sekali lagi sebab result CikWa sangat memuaskan hati. Mungkin orang lain rasa biasa. Tapiiiii...paper Usul Fiqh tu susah gila kottttt... Langsung tak yakin boleh lulus. So, ternyatalah, kalau Allah nak bagi, Dia bagi juga. Yang penting kita usaha.



Oh ya. Ada satu benda nak bagitahu. Family CikWa dah pindah. Dah tak tinggal di Kota Belud Sabah lagi. Sekarang CikWa tinggal di Besut Terengganu pula. Walid CikWa dapat pindah ke SMKA Nurul Ittifaq, Besut. Maka..kecek Besut ke kite?

Sekarang ni, CikWa merupakan seorang penganggur. (Tengah tunggu dipostingkan. Inilah untungnya belajar di IPG *sengih).  Dannnnn..disebabkan CikWa seorang penganggur, maka CikWa pun dengan tak malunya buat permohonan untuk jadi penerima BR1M. Rasa-rasa CikWa boleh dapat tak? Yessss...CikWa dapat. Alhamdulillah. Segala rezeki datang dariNya.

Di kesempatan ini, CikWa mohon andai ada pembaca yang nampak pesanan ni agar kita sama-sama berdoa untuk saudara-saudara kita di Palestin, Syria, Burma (Rohingya) agar terus diberi kekuatan untuk mempertahankan agama. Selain itu, mohon juga doakan guru-guru serta bakal-bakal guru agar diberi kekuatan untuk berhadapan dengan cabaran semasa. Sungguh, BUKAN MUDAH MENJADI GURU.
Syukran sebab sudi membaca.

Wallahu a’lam bissawab.


No comments :

Post a Comment