Graduate

Daisypath Graduation tickers

~Perjalanan Hidupku~

Lilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, June 3, 2014

Hati Mukmin

Bismillaahirrahmaanirrahiim..
Alhamdulillaah, bersyukur kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk menghirup udara serta berbakti di bumi milikNya ini. Selawat serta salam ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat, tabi'iin dan seluruh ummat Islam di seluruh pelusuk bumi.

Sumber


30 Mei hingga 1 Jun lepas, saya berkhidmat sebagai fasilitator Kem Remaja Islam di Kota Belud Sabah. Walaupun bukan pertama kali menjadi fasilitator, namun pengalaman menjadi fasi adalah berbeza setiap tahun dan di setiap tempat. Menerapkan roh Islam dalam diri remaja Muslim yang terdedah dengan fitnah akhir zaman, globalisasi penuh kecanggihan kini bukanlah mudah. Para penyampai dakwah perlu mencari jalan untuk memudahkan adik-adik ini untuk mencerna setiap ilmu yang hendak disampaikan agar adik-adik ini tidak terasa dirinya disindir, tidak terasa tiada harapan untuk berubah menjadi lebih baik serta tidak terasa Islam itu beban lagi membebankan.

Alhamdulillah, pengalaman bersama adik-adik ini sangat memberi pengajaran yang bermakna dalam hidup. Saya kira sebagai seorang bakal guru, saya perlu lebih bergaul dengan masyarakat dan bukannya hanya berkelompok dengan masyarakat guru sahaja. 

Sumber


Teringat akan satu ungkapan yang sering dituturkan:

َأَصْلِحْ نَفْسَكَ وَادْعُ غَيْرَك
‘Perbaikilah diri kamu dan serulah yang lain’


Dalam slot Malam Ummah, beberapa orang fasi dan AJK telah membuat satu persembahan nasyid yang liriknya sangat menyentuh hati saya. Nasyid Hati Mukmin nyanyian De' Ghazwan. Selamat mendengar.




Mengalirlah air mata mukmin
Atau mengalir air mata hatinya 
Bila mengingati Tuhannya
Malunya hati mukmin 
Bila mengenangkan Rahim dan Rahman Tuhan 
Remuk redam hatinya bila teringat
Qahar dan jabbarNya
Resah gelisah jiwanya
Melakukan dosa
Sedih hatinya lalai dengan Tuhannya
Kemudian sedar semula
Tidak tentu rasa hatinya 
Bila terbuat kesalahan dan kesilapan 
Hati mukmin tidak pernah tenang
Dengan Tuhannya
Tenang dengan dunianya
Jiwanya bergelombang dengan Tuhannya
Bagaikan lautan tak pernah tenang
Kalau bukan kerna kewajipan
Tentu mereka bersendirian
Membawa diri berkelana bersama Tuhan..


WaLlahu Ta'ala A'lam..

No comments :

Post a Comment