Graduate

Daisypath Graduation tickers

~Perjalanan Hidupku~

Lilypie Kids Birthday tickers

Monday, June 2, 2014

Berniaga dengan Allah?

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Alhamdulillaah, bersyukur kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk menghirup udara serta berbakti di bumi milikNya ini. Selawat serta salam ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat, tabi'iin dan seluruh ummat Islam di seluruh pelusuk bumi.

Berniaga dengan Allah? Boleh ke berniaga dengan Allah? Macam mana nak berniaga dengan Allah? Persoalan yang bermain dalam minda tuan tanah bila terbaca satu artikel dalam laman sesawang. Cuba imbas kembali satu surah yang menjadi suatu kemestian untuk dihafaz serta dihayati oleh para pejuang agama Allah. Surah apa ya? Tentu sekali surah As-Saff. Surah yang ke 61 dalam Al-Quran.

Sumber
Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu jika aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.

(Surah As-Saff, 61:10-11)

Produk perniagaan antara manusia dengan Allah bukanlah emas mahupun permata tetapi amalan-amalan kebaikan seperti membaca Al-Quran, menginfaqkan harta ke jalan kebenaran, melazimi zikrullah serta perbuatan-perbuatan baik yang lain. 

Rasulullah SAW bersabda: 

“Hendaklah kamu berniaga kerana sesungguhnya sembilan bahagian dari rezeki berada di dalam perniagaan.” 

(Riwayat Ibrahim al-arabi dari Na’im ibn Abdurrahman)


Ada insan yang berjaya membina empayar perniagaan yang cukup besar, mampu membeli dunia dengan kuasa perniagaan mereka. Inilah kehebatan dan kekuatan perniagaan. Maka, beruntunglah mereka yang diberi kelebihan oleh Allah SWT sebagai ahli perniagaan yang berjaya.

Allah SWT juga mengambil ibarat perbandingan keuntungan perniagaan di dunia ini dengan keuntungan perniagaan atau kejayaan di akhirat. Keuntungan perniagaan di akhirat ini diperolehi melalui perniagaan mereka yang beriman usahakan semasa hayat berada di muka bumi Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Fatir ayat 29:

Sumber
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan rugi.

Firman Allah lagi dalam surah At-Taubah ayat 111:

Sumber
Maksudnya: Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan al- Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan Itulah kemenangan yang besar.

Allahu. Tidak terkesankah kita dengan janji Allah?

WaLlahu Ta'ala A'lam.



No comments :

Post a Comment