Graduate

Daisypath Graduation tickers

~Perjalanan Hidupku~

Lilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, May 28, 2014

Mengumpat dan Pengumpat.

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Alhamdulillaah, bersyukur kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk menghirup udara serta berbakti di bumi milikNya ini. Selawat serta salam ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat, tabi'iin dan seluruh ummat Islam di seluruh pelusuk bumi.

28 Mei 2014, bermulalah cuti sekolah untuk adik-adik yang masih bersekolah serta guru-guru yang juga masih 'bersekolah'. Tuan tanah pun sebenarnya sudah mula bercuti pada hari Jumaat minggu lepas lagi. Dalam kesempatan ini, hamba ingin titipkan beberapa pesanan serta peringatan, setakat yang hamba mampu untuk perkongsian bersama. Firman Allah SWT dalam surah Al-Asr ayat 1-3:

Sumber

Maksudnya: Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.


Tengahari tadi, sebaik selesai menunaikan solat zuhur, saya membelek majalah Jom! isu 21. Sentap seluruh jiwa bila dihidangkan dengan surah yang lazim kita dengar, lazim kita baca sewaktu dalam solat. Surah apa agaknya? Surah Al-Humazah! Dalam banyak-banyak kali kita membaca surah ini, pernahkah kita menghayati ibrah yang ingin Allah sampaikan kepada kita?

Sumber



Sumber

Maksudnya: Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela, yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya, dia mengira bahawa hartanya itu dapat mengkekalkannya, sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah, dan tahukah kamu apa Huthamah itu? (iaitu) api (yang disediakan) Allah yang dinyalakan, yang (membakar) sampai ke hati, sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka, (sedang mereka itu) diikat pada tiang-tiang yang panjang.


Allahu. Sentap di hati tak usah dikira! Menyucuk! Pengumpat dan pencela. Mengumpat dan mencela. Dua perbuatan yang 'sebati' dikaitkan dengan perempuan. Puncanya? Sombong! Bongkak! Melekehkan orang lain. Astaghfirullah al-aziim. Wal 'iyazu billah.

Dua golongan yang disebut Allah dalam ayat pertama:

  1. Humazah: Sifat suka mengejek dan mengumpat orang lain di belakangnya.
  2. Lumazah: Ucapan sarkastik, penghinaan dan ejekan secara berhadapan. 


 Sumber

Pembaca yang dirahmati Allah sekalian, ayuh kita muhasabah diri. Adakah kita tergolong dalam golongan ini? Jika tidak, alhamdulillah. Jika ya, beristighfarlah. Mohonlah keampunan dari Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Pemaaf, Maha Pemberi Taubat. Dan mohonlah agar dihindarkan dari sikap-sikap negatif yang mempu memusnahkan kesucian jiwa. Masih ingatkah kita pada firmanNya dalam surah Al-Hujurat ayat 11?

Sumber


Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

Allah telah berjanji akan membalas golongan ini dengan azab yang amat pedih iaitu neraka Huthamah. Neraka yang di dalamnya dinyalakan api yang membakar sampai ke hati. Api yang ditutup rapat atas penghuninya. Penghuninya pula akan diikat pada tiang-tiang yang panjang.


Imam Al-Ghazali ada menyatakan perkara yang mendorong seseorang itu mengumpat: 
  • Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang.
  • Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah.
  • Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat.
  • Bergurau dan suka berlawak untuk mencela, mengatakan kelemahan serta kecacatan hingga mengaibkan orang lain.
  • Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak serta sombongkerana memandang rendah orang lain.

Oleh itu, para pembaca yang disayangi kerana Allah, untuk mengelakkan diri dari mengumpat, cuba cari pangkal punca yang menyebabkan kita mengumpat. Semuanya berpunca dari hati. Ayuh kita bersama-sama bersihkan hati, amalkan zikrullah dalam kehidupan seharian. Moga Allah reda.


WaLlahu ta'ala a'lam. 



No comments :

Post a Comment